Take a fresh look at your lifestyle.

Kata Aluan Pengetua

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Selamat Datang ke Portal Rasmi SM Sains Tapah, Tapah Perak. Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua AJK Laman Web SESTA kerana telah berusaha gigih menjadikan laman web ini suatu kenyataan.Wujudnya laman ini membolehlah warga SESTA termasuk para ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah supaya segala masalah dapat dibincang dan diselesaikan dengan baik. Pihak sekolah juga mengalu-alukan idea-idea penambahbaikan pengurusan sekolah dari semua pihak demi kesejahteraan murid-murid SESTA. Semoga laman ini menjadi perangsang kepada matlamat sekolah untuk menjadikan murid-muridnya cemerlang dari segi sahsiah, kurikulum, kokurikulum dan kepemimpinan.

Berilmu bertaqwa

Terima kasih

Encik Safarim bin Salim

Pengetua SM Sains Tapah