SM Sains Tapah, Tapah Perak - Sejarah Sekolah
May 24 2018 00:25:49 login.png register.png lostpassword.png
Warga Pendidik


Pengumuman
5/2/2018 (ISNIN) - MAJLIS PENYERAHAN SASARAN PT3 DAN SPM 2018 ( WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)


7/2/2018 (RABU) - PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 AMBILAN 2 DAN TINGKATAN 4


7/2/2018 - PERJUMPAAN KOKURIKULUM


14/2/2018 (RABU) 10.30 PAGI - PROGRAM AKU JANJI DAN MOTIVASI MURID TING. 3 DAN 5 SERTA IBU BAPA.


GURU BERTUGAS :
5 - 9/2/2018


1. PN. WAN ATHIRAH
2. PN. INTAN MASTURA
3. EN. ANWARUDDIN B MOHD KASSIM
Info SESTA
KELAS 2018 - Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

(TINGKATAN 1)

(TINGKATAN 2)

(TINGKATAN 3)

(TINGKATAN 4)

(TINGKATAN 5)


Panel Navigasi
bullet.gif Laman Utama
bullet.gif Soalan Lazim (FAQ)
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Artikel Popular
Reaksi forum
Reaksi terkini
Tiada reaksi dinyatakan
Reaksi panas
Tiada reaksi dinyatakan
Komuniti SESTA
Pautan Pelajar
Pautan Guru
Selamat Datang
|SM Sains Tapah, Jalan Pahang, 35000 Tapah Perak|Telefon 05 4018745, Faks 05 4018743| Email : AEA0043@moe.edu.my|
Markah Terkini Rumah 2017
SPIRITO : 2830        PRESTO : 2899        CRESENDO : 2978        ALLEGRO : 3011   Data Sehingga April 2016        
Semasa
Sejarah Sekolah
Untitled Document

SM Sains Tapah Perak
Persaingan mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan menuntut lahirnya sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Perak Darul Ridzuan. Kewujudan sebuah lagi SBP di Daerah Batang Padang ini membawa hasrat untuk meneruskan lonjakan kecemerlangan SBP di negara ini. Sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Sains Tapah bersempena lokasinya di pekan Tapah terletak di Jalan Pahang kira-kira 4 kilometer dari Pekan Tapah dan merupakan laluan utama ke Cameron Highland.

Projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Tapah ini bermula pada tanggal 12 Oktober 2006 dan dijadualkan siap pada 11 November 2008. Namun atas masalah yang tidak dapat dielakkan projek ini hanya dapat disiapkan pada 29 Ogos 2009. Projek yang menelan belanja yang bernilai RM38,482,000.00 merangkumi pelbagai kemudahan bagi sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Sains Tapah meliputi keluasan tanah seluas 30 ekar.

Sepanjang tempoh pembinaan projek sekolah ini, Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin telah dilantik sebagai ‘caretaker' yang berkuatkuasa Mac 2009 . Ketika beliau tiba di sekolah ini didapati masih banyak lagi kerja-kerja pembinaan yang belum terlaksana. Atas sebab itu, pihak kementerian telah mengarahkan En Zulkarnain bin Zainal Abidin kembali bertugas semula di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada 16 Jun 2009 beliau sekali lagi telah diarahkan ke sekolah ini dan ketika itu hanya kira-kira 10% lagi kerja-kerja pembinaan belum dapat disiapkan. Keadaan ini memaksa Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin berulang alik dari Ipoh ke Tapah kerana sebagai ‘caretaker' , beliau bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan berkaitan pembukaan sesebuah sekolah. Antara kewajipan beliau ialah menguruskan pendaftaran sekolah, penempatan guru serta staf sokongan sekolah, penerimaan bekalan perabot dan peralatan sekolah dan hal berkaitan kewangan dan akaun sekolah. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah.

Majlis penyerahan projek siap sekolah ini telah diadakan pada 23 Oktober 2009 oleh pihak kontraktor kepada Puan Hajjah Norlia binti Mohd Shuhaili selaku Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau menyerahkan sekolah ini kepada Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin sebagai peneraju utama Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA).

Apabila Sekolah Menengah Sains Tapah telah diserahkan maka perabot dan peralatan sekolah telah mula diterima mulai bulan Disember 2009. Manakala untuk mengawal keselamatan sekolah, sebuah syarikat kawalan keselamatan telah dilantik menjalankan tugas mulai 1 Februari 2010.

Pengetua pertama yang ditugaskan mengetuai Sekolah Menengah Sains Tapah ialah Encik Hadi bin Mat Dain bermula 1 Februari 2010. Beliau berpengalaman luas dalam dunia pendidikan SBP kerana pernah menabur bakti di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub Pahang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang. Beliau turut dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan iaitu Encik Zulkarnain Bin Zainal Abidin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Asma Azmin Rashid Bin Mohd Nawawi sebagai Penolong Kanan HEM dan Encik Zulkipli Bin Abd. Latip sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Sehingga bulan Mac 2010, sekolah ini telah menerima kehadiran guru seramai 35 orang.

 

Kenali Pengetua

EN. SHAHARUDDIN BIN MOHD DAUD
Sekapur Sireh

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Mesej Ringkas
Sila log masuk untuk menghantar mesej ringkas.

08/03/2018 21:47
Alhamdulillah pihak SESTA mengadakan grup Telegram untuk memaklumkan perkembangan dan berita. Boleh join link https://t.me/joinc
hat/AAAAAEZXb4lTih
N7fI61rw Cool

21/02/2018 09:00
salam cikgu...mohon supaya para pelajar dibenarkn memakai selipar@kasut di dlm kawasan asrama..anak sy dan rakan2nya ramai terkena ketuat di kaki akibat tidak memakai selipar di kawasan asrama..

19/02/2018 21:32
minta update perkembangan semasa supaya ibubapa mudah tahu tentang perkembangan pelajar.terima kasih

28/01/2018 20:44
Minta kongsi program hari terbuka SESTA 2018. Terima kasih: Wink

28/12/2017 15:04
PRESTASI SESTA PT3 DAN SPM 2017 BILA BOLEH DIKELAURKAN? BRAPE PERATUS SESTA DAPAT TAHUN 2017? BAGUS KALAU DIMUAT NAIK DLM WWEB SESTA Angry

28/12/2017 15:01
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SESTA TAHUN 2018 . PADA 1/1/2018.SEKEJAP JE DAH SKOLAH SEMULA Sad

28/12/2017 14:54
MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2018 TELAH DIMUAT NAIK DI LAMAN WEB NI Grin

09/10/2017 11:51
CUTI SEKOLAH 14/10 - 22/10 . CUTI SEMINGGU BERMALAM . Pfft

09/10/2017 11:50
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 KEPADA WARGA SESTA.BUAT YANG TERBAIK DAN MENCAPAI KEPUTUSAN TERBAIK Grin

19/08/2017 17:56
La hawla wala quwata illa billah