MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SESTA 2016
Dihantar oleh webmaster1 on March 26 2016 16:47:00
Majlis Pelancaran Sekolah Berprestasi Tinggi SESTA telah diadakan pada 25 Mac 2016 (Jumaat) di dewan SESTA. SM Sains Tapah telah menerima sijil penghargaan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tahun 2016.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai PPD Batang Padang, En. Osman B Mohamed Bahari. Kehadiran tetamu khas iaitu mantan pengetua SESTA , Encik Hadi B Mat Dain dan Tuan Haji Sulaiman B Samsudin telah memeriahkan majlis pelancaran tersebut.

Terima kasih tidak terhingga khasnya kepada semua warga SESTA dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam merealisasikan impian untuk menjadikan SESTA sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. SESTA CEMERLANG TAHUN 2016.