SM Sains Tapah, Tapah Perak - Berita
May 24 2018 00:31:31 login.png register.png lostpassword.png
Warga Pendidik


Pengumuman
5/2/2018 (ISNIN) - MAJLIS PENYERAHAN SASARAN PT3 DAN SPM 2018 ( WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)


7/2/2018 (RABU) - PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 AMBILAN 2 DAN TINGKATAN 4


7/2/2018 - PERJUMPAAN KOKURIKULUM


14/2/2018 (RABU) 10.30 PAGI - PROGRAM AKU JANJI DAN MOTIVASI MURID TING. 3 DAN 5 SERTA IBU BAPA.


GURU BERTUGAS :
5 - 9/2/2018


1. PN. WAN ATHIRAH
2. PN. INTAN MASTURA
3. EN. ANWARUDDIN B MOHD KASSIM
Info SESTA
KELAS 2018 - Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

(TINGKATAN 1)

(TINGKATAN 2)

(TINGKATAN 3)

(TINGKATAN 4)

(TINGKATAN 5)


Panel Navigasi
bullet.gif Laman Utama
bullet.gif Soalan Lazim (FAQ)
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Artikel Popular
Reaksi forum
Reaksi terkini
Tiada reaksi dinyatakan
Reaksi panas
Tiada reaksi dinyatakan
Komuniti SESTA
Pautan Pelajar
Pautan Guru
Selamat Datang
|SM Sains Tapah, Jalan Pahang, 35000 Tapah Perak|Telefon 05 4018745, Faks 05 4018743| Email : AEA0043@moe.edu.my|
Markah Terkini Rumah 2017
SPIRITO : 2830        PRESTO : 2899        CRESENDO : 2978        ALLEGRO : 3011   Data Sehingga April 2016        
Semasa
KORBAN PERDANA SURAU SESTA 2014
Korban Perdana Surau SESTA telah diadakan pada 7 Oktober 2014 berhampiran asrama (parkir bas) bermula pukul 7.00 pagi. Korban tahun ini melibatkan dua ekor lembu, seekor kerbau , tiga ekor arnab dan 250 ekor puyuh. Pelajar tingkatan 4 turut melakukan amali sembelihan halal burung puyuh.

Terima kasih kepada semua yang terlibat bermula dari proses menyembelih, melapah dan memasak hasil korban. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. TAHNIAH atas kerjasama yang sangat baik dari kalangan warga SESTA.

Gambar-gambar sekitar Program Korban Perdana SESTA 2014.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BAGI SPM DAN PT3 2014
Hal Ehwal MuridMajlis solat hajat dan bacaan yassin bagi SPM dan PT3 telah diadakan pada 3 Oktober 2014 (Jumaat) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan SESTA. Majlis turut diselitkan dengan ceramah motivasi oleh Yang Berbahagia Dato' Kapten (B) Najmuddin Bin Elias Al-Hafiz.

Majlis turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Terima kasih kepada semua yang hadir dan membantu menjayakan majlis ini.
PERKHEMAHAN SESTA DI KEM RAMD TAPAH TAHIN 2014
KokurikulumPerkhemahan SESTA tahun 2014 telah diadakan di kem RAMD Tapah bermula dari 26 September 2014 hingga 28 September 2014. Perkhemahan ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mendirikan khemah, mencipta nama dan logo kompeni, aktiviti merempuh halangan, jungle tracking, kawad kaki, abselling, tazkirah, latihan berjalan di waktu malam / latihan burung hantu dan latihan menembak.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perkhemahan ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan perkhemahan tahun ini.



MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM 2014
Pada 25 September 2014 (Rabu) lalu telah berlangsungnya Majlis Anugeram Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum Ke-4 Tahun 2014. Majlis ini diadakan di Dewan SESTA bermula dari pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan ACP Shaharon Anuar Bin Abdul Latif (Ketua Polis Daerah Batu Gajah). Pelbagai anugerah HEM dan Kokurikulum telah diberi kepada para pelajar dan guru. Kemuncak majlis ini ialah apabila Muhammad Fahim Aqil Bin Muhammad Sahlan dan Azeera Binti Azmin Zuhri masing-masing diumumkan sebagai Tokoh Kokurikulum 2014 Lelaki dan Perempuan. Manakala Tokoh HEM 2014 telah diberikan kepada Muhammad Shakir Bin Mohd Shahar dan Adriana Binti Khirol Azizi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57.
Semoga kita semua lebih menghayati dan menghargai erti kemerdekaan yang sebenar.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
KurikulumSelamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 akan menjalani peperiksaan bermula dari 5/5/2014- 12/5/2014. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 pula akan menjalani peperiksaan bermula dari 5/5/2014 - 16/5/2014.

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA
Jadual Peperiksaan boleh dirujuk pada pautan berikut :
JADUAL PEPERIKSAAN
KARNINAL KOKURIKULUM SBP , PERKHEMAHAN KRS
Kokurikulum
MESYUARAT AGUNG PIBG SESTA TAHUN 2014
KARNIVAL SESTA 2014
UJIAN SELARAS 1 TAHUN 2014
KurikulumSelamat menduduki Ujian Selaras 1 yang bermula dari 3/3/2014 hinggga 7/3/2014.

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA.
PROGRAM ASRAMA TERBUKA (SARANA IBU BAPA)
PIBGMakluman kepada semua ibu bapa bahawa Program Asrama Terbuka akan diadakan seperti ketetapan berikut :

TARIKH PELAKSANAAN : BULAN MAC - NOVEMBER 2014
HARI : SABTU dan AHAD


Program Asrama Terbuka ini akan melibatkan ibu bapa tinggal bermalam di asrama bermula pukul 10.00 pagi (sabtu) hingga 10.00 pagi (Ahad) untuk mengetahui cara kehidupan anak-anak diasrama. melalui program ini diharapkan ibu bapa dapat memahami,membantu, serta menyumbangkan idea kepada pihak sekolah bagi meningkatkan lagi prestasi anak-anak didik di sekolah ini.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengadakan program motivasi kepada murid-murid, mengadakan tuisyen sekiranya ada kepakaran dalam sesuatu bidang. berkongsi pengalaman berkaitan kerjaya yang diceburi sekarang atau apa-apa bentuk sumbangan tenaga yang boleh dilakukan amat dialu-alukan. Dengan cara ini, apabila ibu bapa tinggal disamping anak-anak baharulah ibu bapa memahami cara kehidupan anak-anak di asrama.

Sekiranya terdapat kekurangan, diharapkan ibu bapa boleh memberi bantuan yang diperlukan kepada pihak sekolah.

Oleh itu, sekiranya ibu bapa berminat untuk mengikuti program asrama terbuka ini, boleh berhubung dengan Penolong Kanan HEM SESTA (En. Safarim Salim - 0129058377) atau Pn.Siti Rahmah binti Sa'adon (Setiausaha Pibg, SESTA)
Kenali Pengetua

EN. SHAHARUDDIN BIN MOHD DAUD
Sekapur Sireh

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Mesej Ringkas
Sila log masuk untuk menghantar mesej ringkas.

08/03/2018 21:47
Alhamdulillah pihak SESTA mengadakan grup Telegram untuk memaklumkan perkembangan dan berita. Boleh join link https://t.me/joinc
hat/AAAAAEZXb4lTih
N7fI61rw Cool

21/02/2018 09:00
salam cikgu...mohon supaya para pelajar dibenarkn memakai selipar@kasut di dlm kawasan asrama..anak sy dan rakan2nya ramai terkena ketuat di kaki akibat tidak memakai selipar di kawasan asrama..

19/02/2018 21:32
minta update perkembangan semasa supaya ibubapa mudah tahu tentang perkembangan pelajar.terima kasih

28/01/2018 20:44
Minta kongsi program hari terbuka SESTA 2018. Terima kasih: Wink

28/12/2017 15:04
PRESTASI SESTA PT3 DAN SPM 2017 BILA BOLEH DIKELAURKAN? BRAPE PERATUS SESTA DAPAT TAHUN 2017? BAGUS KALAU DIMUAT NAIK DLM WWEB SESTA Angry

28/12/2017 15:01
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SESTA TAHUN 2018 . PADA 1/1/2018.SEKEJAP JE DAH SKOLAH SEMULA Sad

28/12/2017 14:54
MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2018 TELAH DIMUAT NAIK DI LAMAN WEB NI Grin

09/10/2017 11:51
CUTI SEKOLAH 14/10 - 22/10 . CUTI SEMINGGU BERMALAM . Pfft

09/10/2017 11:50
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 KEPADA WARGA SESTA.BUAT YANG TERBAIK DAN MENCAPAI KEPUTUSAN TERBAIK Grin

19/08/2017 17:56
La hawla wala quwata illa billah