SM Sains Tapah, Tapah Perak - Berita
May 24 2018 00:22:13 login.png register.png lostpassword.png
Warga Pendidik


Pengumuman
5/2/2018 (ISNIN) - MAJLIS PENYERAHAN SASARAN PT3 DAN SPM 2018 ( WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)


7/2/2018 (RABU) - PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 AMBILAN 2 DAN TINGKATAN 4


7/2/2018 - PERJUMPAAN KOKURIKULUM


14/2/2018 (RABU) 10.30 PAGI - PROGRAM AKU JANJI DAN MOTIVASI MURID TING. 3 DAN 5 SERTA IBU BAPA.


GURU BERTUGAS :
5 - 9/2/2018


1. PN. WAN ATHIRAH
2. PN. INTAN MASTURA
3. EN. ANWARUDDIN B MOHD KASSIM
Info SESTA
KELAS 2018 - Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

(TINGKATAN 1)

(TINGKATAN 2)

(TINGKATAN 3)

(TINGKATAN 4)

(TINGKATAN 5)


Panel Navigasi
bullet.gif Laman Utama
bullet.gif Soalan Lazim (FAQ)
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Artikel Popular
Reaksi forum
Reaksi terkini
Tiada reaksi dinyatakan
Reaksi panas
Tiada reaksi dinyatakan
Komuniti SESTA
Pautan Pelajar
Pautan Guru
Selamat Datang
|SM Sains Tapah, Jalan Pahang, 35000 Tapah Perak|Telefon 05 4018745, Faks 05 4018743| Email : AEA0043@moe.edu.my|
Markah Terkini Rumah 2017
SPIRITO : 2830        PRESTO : 2899        CRESENDO : 2978        ALLEGRO : 3011   Data Sehingga April 2016        
Semasa
PELANCARAN PISA 2015
KurikulumPelancaran PISA tahun 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada pagi Isnin 2 Mac 2015 di Dataran Ilmu SESTA. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 terpilih untuk mengambil peperiksaan PISA pada bulan Mei nanti. Pelajar-pelajar diberikan sijil penyertaan dan membaca ikrar PISA. Pelancaran PISA 2015 disempurnakan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Samsudin, pengetua SESTA.

KEM BINA KARISMA KETIGA TAHUN 2015
Hal Ehwal MuridKem Bina Karisma Ketiga tahun 2015 telah diadakan pada 27 Feb 2015 hingga 1 Mac 2015 di SESTA melibatkan semua pelajar Tingkatan 4. Kem ini bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan tahap disiplin di kalangan pelajar, memperkembang kemahiran dan bakat kepimpinan, mencungkil bakat kepimpinan dan pengurusan serta merapatkan silaturrahim antara pelajar lama dan baharu. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti aktiviti BADAR (Kerohanian), aktiviti pengawas (Kepimpinan), aktiviti PRS (Pengurusan dan Kepimpinan), aktiviti Sistem Rumah (Penyediaan Menu Petang -memasak) dan Kawad Kaki. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Gambar-gambar sekitar Kem Bina Karisma.


TAHNIAH SESTA!!! SPM NOMBOR 1 DI PERAK
KurikulumSetinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua warga SESTA atas pencapaian SPM tahun 2014 yang membanggakan iaitu nombor 1 di Perak dan nombor 14 di SBP. Tahniah kepada Azeera dan Syafiq Arfan yang telah mendapat 9A+ dan 50 orang pelajar yang mendapat 9A. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-gura dan staf-staf sokongan yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam mengharumkan nama SESTA... Tahniah Semua..!!!

Gambar-gambar sekitar pengumuman keputusan SPM 2014.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 4 (AMBILAN 1) DAN TINGKATAN 1 (AMBILAN KEDUA)
Hal Ehwal MuridSelamat Datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 (ambilan kedua) yang telah mendaftar di SESTA pada 25 Februari 2015 (Rabu). Seramai 36 orang pelajar Tingkatan 4 dan 12 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar di SESTA. Selamat menjadi warga SESTA dan semoga dapat menyesuaikan diri di SESTA serta meningkatkan kecemerlangan SESTA.

Sekitar pendaftaran pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 lalu.

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
KokurikulumTahniah kepada pasukan bola baling SESTA yang telah mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki bawah 18 tahun. 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan layak ke peringkat negeri. Terima kasih kepada Encik Amirul Muzamir (jurulatih), Encik Mohd Fadzil dan Puan Siti Rahmah kerana bersama-sama menjayakan pertandingan ini di SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor.

UJIAN PASCA PISA TINGKATAN 4
KurikulumUjian Pasca PISA melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 telah diadakan pada 5 Februari 2015 (Khamis) melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Matematik bermula dari pukul 3.15 hingga 5.15 di Dewan SESTA.




KEJOHANAN MERENTAS DESA SESTA KE-5 TAHUN 2015
KokurikulumKejohanan Merentas Desa SESTA ke 5 tahun 2015 telah berlangsung pada 4 Februari 2015 (Rabu) melibatkan laluan Kampung Pahang, Kampung Bermin dan Kampung Jembai. Tahniah kepada rumah Spirito yang telah mendapat johan keseluruhan bagi kejohanan Merentas Desa tahun ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini. Gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut.

MAJLIS KENALI, DEKATI DAN CINTAI RASULULLAH
Hal Ehwal MuridSekitar Majlis Kenali, Dekati dan Cintai Rasulullah pada 24 Januari 2015 (Sabtu) di Dewan SESTA bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari anjuran pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SESTA .Jemputan Khas Imam Muda Naim Musim Ketiga. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

PENDAFTARAN PELAJAR SESTA TAHUN 2015
Hal Ehwal MuridMakluman berkaitan pendaftaran pelajar SESTA tahun 2015 adalah seperti berikut :

TARIKH : 11 JANUARI 2015 ( AHAD)
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG (1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG -REHAT)
TEMPAT : DEWAN SESTA


Semua pelajar dikehendaki berpakaian kemas ( batik rasmi SESTA) dan bawa bersama salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa bagi tujuan pembayaran yuran makan asrama.

Makluman berkaitan pembayaran yuran makan asrama adalah seperti berikut :
1) Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga RM 4999 sebulan dan ke bawah - RM1 sehari X 250 hari = RM 250
2) Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga RM 5000 sebulan dan ke atas - RM3 sehari X 250 hari = RM 750

Terima kasih atas kerjasama yang diberi.
PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2014
KurikulumSELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM.. SEMOGA BERJAYA.. Peperiksaan SPM sedang berlangsung bermula dari 3/11/2014 hingga 25/11/2014. Warga SESTA mendoakan semoga semua pelajar Tingkatan 5 SPM 2014 mendapat keputusan yang cemerlang.
PENILAIAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2014
KurikulumSelamat menempuh peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Semoga berjaya.
Kenali Pengetua

EN. SHAHARUDDIN BIN MOHD DAUD
Sekapur Sireh

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Mesej Ringkas
Sila log masuk untuk menghantar mesej ringkas.

08/03/2018 21:47
Alhamdulillah pihak SESTA mengadakan grup Telegram untuk memaklumkan perkembangan dan berita. Boleh join link https://t.me/joinc
hat/AAAAAEZXb4lTih
N7fI61rw Cool

21/02/2018 09:00
salam cikgu...mohon supaya para pelajar dibenarkn memakai selipar@kasut di dlm kawasan asrama..anak sy dan rakan2nya ramai terkena ketuat di kaki akibat tidak memakai selipar di kawasan asrama..

19/02/2018 21:32
minta update perkembangan semasa supaya ibubapa mudah tahu tentang perkembangan pelajar.terima kasih

28/01/2018 20:44
Minta kongsi program hari terbuka SESTA 2018. Terima kasih: Wink

28/12/2017 15:04
PRESTASI SESTA PT3 DAN SPM 2017 BILA BOLEH DIKELAURKAN? BRAPE PERATUS SESTA DAPAT TAHUN 2017? BAGUS KALAU DIMUAT NAIK DLM WWEB SESTA Angry

28/12/2017 15:01
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SESTA TAHUN 2018 . PADA 1/1/2018.SEKEJAP JE DAH SKOLAH SEMULA Sad

28/12/2017 14:54
MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2018 TELAH DIMUAT NAIK DI LAMAN WEB NI Grin

09/10/2017 11:51
CUTI SEKOLAH 14/10 - 22/10 . CUTI SEMINGGU BERMALAM . Pfft

09/10/2017 11:50
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 KEPADA WARGA SESTA.BUAT YANG TERBAIK DAN MENCAPAI KEPUTUSAN TERBAIK Grin

19/08/2017 17:56
La hawla wala quwata illa billah