SM Sains Tapah, Tapah Perak - Berita
November 21 2017 20:03:03 login.png register.png lostpassword.png
Warga Pendidik


Pengumuman
2 - 26/10/2017 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4


9 - 11/10/2017 - PENTAKSIRAN PT3 2017


14 -22 /10/ 2017 - CUTI HARI DEEPAVALI


GURU BERTUGAS :
9 - 13/10/2017


1. EN JESSERI B FAIRUS LOO
2. PN LAILATUN NAJWA BT MOHD KHAIRIRI
3. PN. MAHANOM BT AB WAHAB
Info SESTA
KELAS 2017 - Senarai Nama Murid Mengikut Kelas

(TINGKATAN 1)

(TINGKATAN 2)

(TINGKATAN 3)

(TINGKATAN 4)

(TINGKATAN 5)


Panel Navigasi
bullet.gif Laman Utama
bullet.gif Soalan Lazim (FAQ)
bullet.gif Hubungi Kami
bullet.gif Artikel Popular
Reaksi forum
Reaksi terkini
Tiada reaksi dinyatakan
Reaksi panas
Tiada reaksi dinyatakan
Komuniti SESTA
Pautan Pelajar
Pautan Guru
Selamat Datang
|SM Sains Tapah, Jalan Pahang, 35000 Tapah Perak|Telefon 05 4018745, Faks 05 4018743| Email : AEA0043@moe.edu.my|
Markah Terkini Rumah 2017
SPIRITO : 2830        PRESTO : 2899        CRESENDO : 2978        ALLEGRO : 3011   Data Sehingga April 2016        
Semasa
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 2, 3, 4 DAN 5 TAHUN 2016
Hal Ehwal MuridPendaftaran murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 tahun 2016 telah diadakan pada 3 Januari 2016 (Ahad) bertempat di Dewan SESTA bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Tahniah kepada semua guru yang komited dan sanggup meluangkan masa menjaga kaunter pendaftaran dari pagi hingga ke petang.

Selamat kembali ke SESTA diucapkan kepada semua murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Semoga lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan di capai dalam tahun 2016. InsyaAllah...

Sekitar pendaftaran murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5.



PROGRAM KONFERENSI BERSAMA WARIS.
KurikulumProgram Konferensi Bersama waris bagi Tingkatan 1, 2 dan 4 akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 20 NOVEMBER 2015 (JUMAAT)

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : KELAS / PUSAT SUMBER SESTA


Semua ibu bapa digalakkan hadir. Ibu bapa dibenarkan membawa pulang pelajar setelah mendapatkan keputusan peperiksaan anak masing-masing.
HARI KEBUDAYAAN BAHASA JEPUN SBP KE 10 TAHUN 2015
Kurikulum
PROGRAM SMART SOLAT
Hal Ehwal MuridPada 8 Mac 2015 (Ahad) telah diadakan Program Smart Solat di Dewan SESTA bermula dari pukul 7.45 pagi hingga 3.30 petang. Program yang melibatkan semua pelajar SESTA ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman B Samsudin, pengetua SESTA. Pengisian program ini melibatkan Slot 1 ( Indahnya Solat), Slot 2 (Kesempurnaan Solat Rasulullah) dan Slot 3 (Muhasabah Solat). Semoga program ini dapat memberi manfaat berguna kepada semua yang terlibat. Terima kasih atas kerjasama yang diberi.

Sekitar gambar-gambar Program Smart Solat.

PROGRAM AKADEMIK MATEMATIK TAMBAHAN BERSAMA UiTM TAPAH
KurikulumPada 7 Mac 2015 telah diadakan Program Akademik Matematik Tambahan Bersama Pelajar UiTM Tapah di dewan SESTA.

Sekitar program Matematik Tambahan Bersama UiTM Tapah.

PELANCARAN PISA 2015
KurikulumPelancaran PISA tahun 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada pagi Isnin 2 Mac 2015 di Dataran Ilmu SESTA. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 terpilih untuk mengambil peperiksaan PISA pada bulan Mei nanti. Pelajar-pelajar diberikan sijil penyertaan dan membaca ikrar PISA. Pelancaran PISA 2015 disempurnakan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Samsudin, pengetua SESTA.

KEM BINA KARISMA KETIGA TAHUN 2015
Hal Ehwal MuridKem Bina Karisma Ketiga tahun 2015 telah diadakan pada 27 Feb 2015 hingga 1 Mac 2015 di SESTA melibatkan semua pelajar Tingkatan 4. Kem ini bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan tahap disiplin di kalangan pelajar, memperkembang kemahiran dan bakat kepimpinan, mencungkil bakat kepimpinan dan pengurusan serta merapatkan silaturrahim antara pelajar lama dan baharu. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti aktiviti BADAR (Kerohanian), aktiviti pengawas (Kepimpinan), aktiviti PRS (Pengurusan dan Kepimpinan), aktiviti Sistem Rumah (Penyediaan Menu Petang -memasak) dan Kawad Kaki. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Gambar-gambar sekitar Kem Bina Karisma.


TAHNIAH SESTA!!! SPM NOMBOR 1 DI PERAK
KurikulumSetinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua warga SESTA atas pencapaian SPM tahun 2014 yang membanggakan iaitu nombor 1 di Perak dan nombor 14 di SBP. Tahniah kepada Azeera dan Syafiq Arfan yang telah mendapat 9A+ dan 50 orang pelajar yang mendapat 9A. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-gura dan staf-staf sokongan yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam mengharumkan nama SESTA... Tahniah Semua..!!!

Gambar-gambar sekitar pengumuman keputusan SPM 2014.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 4 (AMBILAN 1) DAN TINGKATAN 1 (AMBILAN KEDUA)
Hal Ehwal MuridSelamat Datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 (ambilan kedua) yang telah mendaftar di SESTA pada 25 Februari 2015 (Rabu). Seramai 36 orang pelajar Tingkatan 4 dan 12 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar di SESTA. Selamat menjadi warga SESTA dan semoga dapat menyesuaikan diri di SESTA serta meningkatkan kecemerlangan SESTA.

Sekitar pendaftaran pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 lalu.

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
KokurikulumTahniah kepada pasukan bola baling SESTA yang telah mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki bawah 18 tahun. 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan layak ke peringkat negeri. Terima kasih kepada Encik Amirul Muzamir (jurulatih), Encik Mohd Fadzil dan Puan Siti Rahmah kerana bersama-sama menjayakan pertandingan ini di SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidor.

UJIAN PASCA PISA TINGKATAN 4
KurikulumUjian Pasca PISA melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 telah diadakan pada 5 Februari 2015 (Khamis) melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Matematik bermula dari pukul 3.15 hingga 5.15 di Dewan SESTA.




Kenali Pengetua

EN. SHAHARUDDIN BIN MOHD DAUD
Sekapur Sireh

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta yang baru di sini.
Mesej Ringkas
Sila log masuk untuk menghantar mesej ringkas.

09/10/2017 11:51
CUTI SEKOLAH 14/10 - 22/10 . CUTI SEMINGGU BERMALAM . Pfft

09/10/2017 11:50
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 KEPADA WARGA SESTA.BUAT YANG TERBAIK DAN MENCAPAI KEPUTUSAN TERBAIK Grin

19/08/2017 17:57
Ash-hadu An laa Elaha Ella Allah wa Ash-hadu anna Muhammadan Rasulu Allah.

19/08/2017 17:56
La hawla wala quwata illa billah

23/05/2017 18:39
Apa kabar para alumni? Smile Semoga sentiasa sihat

05/05/2017 07:50
Ingin tahu tarikh daftar pendaftaran kemasukan ke Sm Sains Tapah

25/04/2017 16:30
Pejabat sekolah buka ke lepas solat jumaat? Untuk ambil sijil spm.

02/04/2017 15:46
Sila rujuk bahagian Kurikulum di Analisis SPM.

30/03/2017 16:36
spm tahun 2016 yg lepas ni SESTA dapat pencapain berapa peratus? boleh update dalam web . boleh ibu bapa tau prestasi sesta macam mana Grin

30/03/2017 16:35
baru terima jadual outing . harap tahun depan keluarkanlah cepat sikit dah bulan mac 2017 baru keluar jadual. ini memudahkan ibu bapa yg dtg dr jauh